Sel. P.U. 222/91
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1991

BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE



Kaedah 14. Perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi.

(1) Kecuali mereka yang, menurut kaedah 8(3), dianggap sebagai telah dilantik menjadi Peguam Syarie di bawah Kaedah-Kaedah ini, tiap-tiap orang yang telah dilantik oleh Majlis sebagai Peguam Syarie hendaklah, sebelum dia boleh menjalankan amalan sebagai seorang Peguam Syarie, memohon supaya suatu perisytiharan perlantikannya sebagai seorang Peguam Syarie hendaklah terlebih dahulu dibuat oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Perisytiharan itu hendaklah dilakukan oleh Hakim tersebut di mahkamah terbuka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.