Sel. P.U. 222/91
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Kaedah 2. Tafsiran.

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:

"Daftar Peguam Syarie" ertinya Daftar Peguam Syarie yang disebutkan di dalam kaedah 15;

"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa Peguam Syarie yang ditubuhkan di bawah kaedah 3;

"Peguam Persekutuan" ertinya seseorang pegawai undang-undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang dilantik sebagai Peguam Persekutuan; dan

"Peguam Syarie" ertinya seseorang Peguam Syarie yang dilantik menurut Kaedah-Kaedah ini tetapi tidak termasuk seseorang yang, berasaskan jawatannya sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor atau Peguam Persekutuan, adalah menurut kaedah 8(2) dianggap sebagai dilantik menjadi Peguam Syarie di bawah Kaedah-Kaedah ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.