Sel. P.U. 23/2008
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI SELANGOR) 2008

Bahagian V - PERUNTUKAN AM



Kaedah 24. Pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie

(1) Tiap-tiap permohonan untuk membaharui Sijil Amalan Guaman Syarie hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa tidak lewat dari dua bulan sebelum tamat tempoh sijil itu.

(2) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual 4 dan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa.

(3) Fi bagi setiap Sijil Amalan Guaman Syarie yang diperbaharui adalah seperti berikut:


(4) Seseorang Peguam Syarie yang gagal memperbaharui Sijil Amalan Guaman Syarienya sehinggalah tamat tempoh tiga bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh subperenggan (3)(b)(iv) tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui sijilnya dan namanya hendaklah dianggap sebagai telah dikeluarkan oleh Majlis dari Daftar Peguam Syarie; dan jika dia berhasrat supaya dilantik semula sebagai Peguam Syarie, dia hendaklah memohon mengikut sepertimana yang ditetapkan oleh kaedah 22.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.