Sel. P.U. 23/2008
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI SELANGOR) 2008

Bahagian II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE



Kaedah 6. Mesyuarat Jawatankuasa

(1) Pengerusi Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa dan jika Pengerusi tidak hadir, ahli yang hadir boleh melantik salah seorang dari mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(2) Pengerusi dan tiga ahli Jawatankuasa yang lain hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Jawatankuasa.

(3) Keputusan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat secara bermesyuarat dan hendaklah secara sebulat suara atau lebih suara ahli yang hadir.

(4) Tertakluk kepada Kaedah-kaedah ini dan apa-apa arahan Majlis, Jawatankuasa boleh menetapkan prosedurnya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.