Sel. P.U. 23/2001
KAEDAH-KAEDAH TAULIAH (SELANGOR) 2001



Kaedah 2. Tafsiran.

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bukan warganegara” ertinya seseorang yang bukan warganegara Malaysia;

“Enakmen” ertinya Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989;

“JAIS” ertinya Jabatan Agama Islam Selangor;

“JAKIM” ertinya Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Tauliah yang ditubuhkan di bawah kaedah 3;

“MAIS” ertinya Majlis Agama Islam Selangor; dan

“warganegara” ertinya seseorang warganegara Malaysia.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.