Sel. P.U. 23/2001
KAEDAH-KAEDAH TAULIAH (SELANGOR) 2001



Kaedah 4. Tempoh jawatan.

(1) Pengerusi, Setiausaha dan ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah dilantik oleh MAIS bagi tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan bolehlah dilantik semula.

(2) Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam perenggan (d), (e), (f) dan (i) kaedah 3, ialah orang bukan Islam, MAIS hendaklah melantik orang Islam dari Jabatan yang sama menjadi ahli menggantikan orang tersebut.

(3) Orang yang sebaik sahaja sebelum berkuat kuasanya Kaedah-Kaedah ini adalah Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan ahli-ahli yang dilantik oleh MAIS hendaklah, tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, terus menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan ahli-ahli Jawatankuasa yang lain sehingga tamat tempoh pelantikannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.