Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995

BAHAGIAN IX - PENGAWALAN



Kaedah 33. Penggantungan atau penamatan jawatan.

(1) Jika mana-mana Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Penggantungan Kariah atau jawatankuasa biro sesuatu masjid-

MAIS boleh menggantung atau menamatkan jawatan Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah itu atau mengarahkan ketua biro itu supaya menamatkan jawatan anggota jawatankuasa biro itu.

(2) Sebelum membuat keputusan di bawah subkaedah (1), MAIS boleh merujukkan perkara yang disebut dalam subkaedah itu kepada Jawatankuasa MAIS untuk mendapatkan nasihatnya.

(3) Walau apa pun subkaedah (1), tiada seorang pun boleh digantung atau ditamatkan jawatannya di bawah subkaedah itu melainkan jika dia telah diberi peluang untuk didengar.

(4) Subkaedah 12(3), 12(4) dan 12(5) hendaklah terpakai berkenaan dengan jawatan yang menjadi kosong oleh sebab penamatan jawatan di bawah kaedah ini, kecuali bahawa bagi anggota jawatankuasa biro, perlantikan hendaklah dibuat oleh ketua biro itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.