Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995

BAHAGIAN V - FUNGSI PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH



Kaedah 17. Tugas-tugas Bilal.

(a) menjaga waktu solat fardhu;

(b) Azan serta Qamat bagi tiap-tiap solat fardhu sehari semalam dalam lingkungan masa dari jam 5.00 pagi hingga 9.00 malam;

(c) membaca Tarhim dan Ayat Al-Quran sebelum Azan bagi solat Subuh dan Taslim dan Ayat Quran sebelum Azan bagi solat Jumaat;

(d) membaca ayat Al-Quran yang tertentu ketika Imam atau Khatib menaiki Mimbar pada solat Jumaat;

(e) membaca Salawat dan Doa Ringkas ketika Imam atau Khatib duduk antara dua khutbah dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya;

(f) mengingatkan jemaah tentang niat solat Hari Raya dan Kaifiatnya sebelum solat itu dimulakan;

(g) menggantikan Imam sebagai Imam Rawatib dan sebagai Imam Tarawikh dalam bulan Ramadhan semasa ketiadaan Imam;

(h) berselawat solat Tarawikh;

(i) bertadarus membaca Al-Quran di masjid;

(j) mengajar Muqaddam dan Al-Quran kepada kanak-kanak;

(k) mengajar perkara-perkara Fardhu’ Ain kepada orang dewasa di waktu-waktu yang ditetapkan;

(l) mengajar dan berlatih membaca Marhaban dan Berzanji;

(m) memandikan jenazah orang Islam apabila diminta berbuat demikian;

(n) memimpin Tahlil Arwah dan Doa Selamat, Marhaban dan Berzanji apabila diminta berbuat demikian;

(o) membacakan Yasin kepada orang sakit apabila diminta berbuat demikian;

(p) menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu; dan

(q) menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAIS atau Setiausaha MAIS atau oleh Nazir atau Imam masjid itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.