Sel. P.U. 3/2002 KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH (NEGERI SELANGOR) (PINDAAN) 2001
Kaedah 17. Pindaan kaedah 26.
Kaedah 26 kaedah-kaedah Ibu adalah dipinda—
(a) dalam subkaedah (1), dengan menggantikan perkataan-perkataan “bulan Julai atau Ogos”, perkataan “dalam tempoh tiga bulan bermula dari bulan Julai hingga September selepas notis satu minggu diberikan.”;
(b) dengan menggantikan subkaedah (2) dengan subkaedah yang berikut:
“(2) Setiap mesyuarat agung tahunan sesuatu masjid hendaklah mengandungi agenda yang berikut:
(a) bacaan Al-Fatihah dan doa selamat;
(b) ucapan pengerusi;
(c) pengesahan minit mesyuarat;
(d) laporan daripada biro-biro, pembentangan penyata kewangan masjid bagi tahun lalu dan anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun semasa;
(e) perkara berbangkit;
(f) perbincangan usul-usul dan cadangan;
(g) hal-hal lain; dan
(h) penangguhan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Asr.”; dan
(c) dalam subkaedah (3), dengan memasukkan selepas perkataan-perkataan “jika Nazir”, perkataan-perkataan “dan Timbalan Nazir” dan menggantikan perkataan-perkataan “anak kariah”, perkataan “Jawatankuasa”.