Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995

BAHAGIAN III - PENTADBIRAN MASJID



Kaedah 6. Pegawai masjid dan Jawatankuasa Kariah.

(1) Setiap masjid hendaklah ditadbirkan oleh Pegawai Masjid dan satu Jawatankuasa Kariah yang terdiri daripada -


(2) Pegawai masjid bagi setiap masjid hendaklah menjadi anggota ex-officio Jawatankuasa Kariah masjid itu.

(3) Pegawai masjid dan anggota Jawatankuasa Kariah hendaklah setiap seorang dilantik dan diberi tauliah oleh MAIS.

(4) MAIS boleh dari semasa ke semasa memberikan arahan kepada Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah sesuatu masjid tentang pentadbiran dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masjid itu dan kariahnya, termasuk mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di bawah Kaedah-Kaedah ini, dan Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.