Sel. P.U. 23/2008
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI SELANGOR) 2008

Bahagian I - PERMULAAN



Kaedah 2. Tafsiran

Dalam Kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Daftar Peguam Syarie” ertinya Daftar Peguam Syarie yang disebutkan di dalam kaedah 16;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Peguam Syarie yang ditubuhkan di bawah kaedah 3;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Negeri Selangor yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003;

“Peguam Persekutuan” ertinya pegawai di dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang dilantik sebagai Peguam Persekutuan; dan

“Peguam Syarie” ertinya seseorang yang telah diterima masuk sebagai Peguam Syarie di Mahkamah Tinggi Syariah dan didaftarkan di bawah Kaedah-kaedah ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain sebelum Kaedah ini berkuat kuasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.