Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995
BAHAGIAN IX - PENGAWALAN
Kaedah 31. Pemeriksaan oleh ahli dan pegawai MAIS dan pegawai JAIS.
Pada bila-bila masa yang munasabah, Setiausaha atau mana-mana ahli MAIS atau mana-mana pegawai MAIS atau JAIS yang diberikuasa secara bertulis oleh MAIS boleh-
(a) memeriksa mana-mana masjid dan segala buku, akaun dan dokumen lain yang berkaitan dengan pentadbiran masjid itu dan pelaksanaan fungsi Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu; dan
(b) menghendaki mana-mana Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah masjid itu supaya menjadikan tersedia untuk Setiausaha atau ahli atau pegawai itu bagi pemeriksaannya apa-apa buku, akaun atau dokumen lain yang berkaitan dengan pentadbiran masjid itu atau pelaksanaan fungsi-fungsi Pegawai Masjid atau Jawatankuasa Kariah itu, dan Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah itu hendaklah mematuhi kehendak sedemikian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.