Sel. P.U. 23/2008
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI SELANGOR) 2008

Bahagian IV - PROSEDUR TATATERTIB



Kaedah 21. Permohonan untuk dikeluarkan nama dari Daftar

(1) Seseorang Peguam Syarie boleh, tertakluk kepada Kaedah-kaedah ini, memohon kepada Majlis supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar Peguam Syarie.

(2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa serta disokong dengan afidavit.

(3) Jawatankuasa boleh atas sebab yang baik menghendaki pemohon itu supaya mengiklankan tujuannya hendak membuat permohonan itu mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Jawatankuasa.

(4) Permohonan itu hendaklah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa dan Jawatankuasa kemudiannya hendaklah mengemukakan perakuannya kepada Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.