Sel. P.U. 346/2007
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2007

Bahagian VI - TEMPOH PERCUBAAN, PENGESAHAN DAN PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN



Peraturan 31. Pelanjutan tempoh percubaan

(1) Jawatankuasa boleh melanjutkan tempoh percubaan seseorang pegawai sama ada dengan atau tanpa denda.

(2) Seseorang pegawai yang tidak disahkan dalam perkhidmatannya dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pelanjutan tempoh percubaannya kepada Jawatankuasa melalui Ketua Jabatan dalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh percubaannya.

(3) Ketua Jabatan hendaklah dengan segera memperakukan permohonan pelanjutan tempoh percubaan pegawai itu yang dibuat mengikut subperaturan (2) kepada Jawatankuasa.

(4) Bagi maksud subperaturan (3), Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan itu dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat, dengan menyatakan butir-butir seperti yang berikut:

(5) Jawatankuasa akan hanya meluluskan pelanjutan tempoh percubaan yang diperakukan mengikut subperaturan (3) dan (4) jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa pegawai itu berupaya mematuhi syarat bagi pengesahan semasa tempoh pelanjutan yang dipohon itu dan Ketua Jabatan mengesyorkan bahawa tempoh percubaan pegawai itu patut dilanjutkan.

(6) Tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua tahun, tetapi Jawatankuasa boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua tahun jika difikirkan patut.

(7) Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa berkenaan dengan permohonan pelanjutan tempoh percubaan seseorang pegawai hendaklah disampaikan kepada pegawai itu oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.