Sel. P.U. 222/91
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1991

BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE



Kaedah 13. Sijil Peguam Syarie.

(1) Kecuali mereka yang, menurut kaedah 8(2), dianggap sebagai telah dilantik menjadi Peguam Syarie di bawah Kaedah-Kaedah ini, tiap-tiap orang yang dilantik menjadi Peguam Syarie hendaklah memiliki Sijil Peguam Syarie yang akan dikeluarkan kepadanya oleh Majlis setelah dia menjelaskan fee yang ditetapkan.

(2) Tiap-tiap Sijil Peguam Syarie hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Majlis dan hendaklah dalam bentuk mengikut Borang 2 sebagaimana ditetapkan dalam Jadual 2.

(3) Tertakluk kepada kaedah 21(3) dan kaedah 23(3), fee bagi tiap-tiap Sijil Peguam Syarie ialah satu ratus ringgit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.