Sel. P.U. 23/2001
KAEDAH-KAEDAH TAULIAH (SELANGOR) 2001



Kaedah 9. Mesyuarat Jawatankuasa.

(1) Pengerusi, atau jika Pengerusi tidak hadir, Timbalan Pengerusi, hendaklah mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa.

(2) Lima orang anggota Jawatankuasa hendaklah membentuk koarum mesyuarat Jawatankuasa.

(3) Pengerusi hendaklah menetapkan tertib perkara-perkara yang dimesyuaratkan.

(4) Pengerusi boleh menentukan tertib anggota-anggota yang hendak bercakap dalam mesyuarat dan boleh juga menghendaki manamana anggota berhenti dari bercakap dalam mesyuarat.

(5) Segala keputusan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diambil secara syura.

(6) Jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang yang bukan anggota Jawatankuasa hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa jika perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat memerlukan kehadiran orang itu.

(7) Seseorang yang dijemput hadir di bawah subkaedah (6) adalah berhak mengambil bahagian dalam perbincangan Jawatankuasa, tetapi tidak boleh mengundi.

(8) Jawatankuasa boleh, tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, memutuskan semua soalan berkaitan dengan prosedur dan amalannya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.