Sel. P.U. 346/2007
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2007

Bahagian XII - PELBAGAI



Peraturan 60. Kecualian dan peralihan

(1) Tiada apa-apa pun dalam Peraturan-Peraturan ini boleh menyentuh kesahihan dan kuat kuasa apa-apa keputusan, dasar, ketetapan, perintah atau arahan Majlis yang dibuat berkenaan dengan perkara di bawah mana-mana peruntukan undang-undang bertulis terdahulu dan keputusan, dasar, ketetapan, perintah atau arahan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya walau apa pun yang tidak konsisten setakat yang tidak bertentangan dengan apa-apa peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini.

(2) Apa-apa panduan yang telah dikeluarkan sebelum berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan ini hendaklah terus terpakai selagi ia tidak bercanggah dengan peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.