BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE
Kaedah 7. Fungsi Jawatankuasa.
Fungsi Jawatankuasa adalah:
(a) untuk membuat perakuan kepada Majlis mengenai kelayakan mana-mana orang yang memohon untuk dilantik sebagai Peguam Syarie oleh Majlis;
(b) untuk mebuat perakuan kepada Majlis sama ada nama mana-mana Peguam Syarie itu harus digugurkan daripada Daftar Peguam Syarie atau mana-mana Peguam Syarie itu digantung dari menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau diberi amaran.
(c) untuk menjalankan lain-lain fungsi yang bersampingan dengan fungsi-fungsi yang disebutkan di bawah paragraf (a) dan (b).