Sel. P.U. 22/2008
PERATURAN-PERATURAN TAULIAH (NEGERI SELANGOR) 2008

Bahagian II - JAWATANKUASA TAULIAH MAIS



Peraturan 9. Mesyuarat Jawatankuasa

(1) Pengerusi, atau jika Pengerusi tidak hadir, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa.

(2) Lima orang anggota Jawatankuasa hendaklah membentuk kuorum mesyuarat Jawatankuasa.

(3) Pengerusi hendaklah menetapkan tertib perkara yang dimesyuaratkan.

(4) Pengerusi boleh menentukan tertib anggota yang hendak bercakap dalam mesyuarat dan boleh pada bila-bila masa menghendaki mana-mana anggota berhenti dari bercakap dalam mesyuarat.

(5) Segala keputusan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diambil secara syura.

(6) Jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang yang bukan anggota Jawatankuasa hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa jika perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat memerlukan kehadiran orang itu.

(7) Seseorang yang dijemput hadir di bawah subperaturan (6) adalah berhak mengambil bahagian dalam perbincangan Jawatankuasa tetapi tidak boleh mengundi.

(8) Jawatankuasa boleh, tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini, memutuskan semua soalan berkaitan dengan prosedur dan amalannya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.