Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995

BAHAGIAN VII - MESYUARAT



Kaedah 24. Mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah.

(1) Mesyuarat pegawai masjid dan Jawatankuasa Kariah setiap masjid hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua bulan sekali.

(2) Setiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah hendaklah mengandungi agenda yang berikut:

(3) Nazir sesuatu masjid hendaklah mempengerusikan setiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu, dan jika Nazir tidak hadir Pegawai Masjid dan anggota-anggota Jawatankuasa Kariah yang hadir boleh melantik salah seorang daripada yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(4) Sepuluh orang Pegawai Masjid dan anggota Jawatankuasa Kariah sesuatu masjid yang hadir hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah itu.

(5) Keputusan mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah sesuatu masjid hendaklah dibuat secara sebulat suara atau lebih suara Pegawai Masjid dan anggota-anggota Jawatankuasa Kariah itu yang hadir.

(6) Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa arahan MAIS, Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah sesuatu masjid boleh menetapkan prosedur mesyuaratnya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.