Sel. P.U. 22/2008
PERATURAN-PERATURAN TAULIAH (NEGERI SELANGOR) 2008

Bahagian II - JAWATANKUASA TAULIAH MAIS



Peraturan 4. Tempoh Jawatan

(1) Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan anggota Jawatankuasa hendaklah dilantik oleh MAIS bagi tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan bolehlah dilantik semula.

(2) Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam perenggan 3(c) dan (d) ialah orang bukan Islam, MAIS hendaklah melantik orang Islam dari Jabatan yang sama menjadi anggota menggantikan orang tersebut.

(3) Orang yang, sebaik sahaja sebelum berkuat kuasanya Peraturan-peraturan ini adalah Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan anggota Jawatankuasa yang dilantik oleh MAIS hendaklah, tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini, terus menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan anggota Jawatankuasa yang lain sehingga tamat tempoh pelantikannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.