Sel. P.U. 4/1995 KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995
BAHAGIAN V - FUNGSI PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH
Kaedah 15. Tugas tugas Nazir.
Nazir sesuatu masjid hendaklah-
(a) mengetuai pengurusan dan pentadbiran masjid itu;
(b) berkenaan dengan tiap-tiap mesyuarat dan mesyuarat khas Jawatankuasa Kariah dan tiap-tiap mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas masjid itu-
(i) hadir dan mempengerusikan mesyuarat serta memastikan bahawa mesyuarat itu berjalan dengan sempuma dan tenteram;
(ii) mempunyai undi pemutus jika bilangan undi sama banyak; dan
(iii) menandatangani minit atau catatan mesyuarat;
(c) bersama dengan Bendahari, menandatangani semua cek yang dikeluarkan bagi pihak masjid itu;
(d) menandatangani segala surat dan dokumen rasmi masjid itu;
(e) mewakili Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu dalam mana-mana mesyuarat yang diadakan oleh mana-mana pihak lain; dan
(f) menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAIS atau Setiausaha MAIS.