Sel. P.U. 23/2001
KAEDAH-KAEDAH TAULIAH (SELANGOR) 2001
BAHAGIAN VII - TEMPOH SAH TAULIAH
Kaedah 15. Tempoh sah Tauliah.
Sesuatu Tauliah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa, melainkan digantung atau ditamatkan lebih awal, adalah sah—
(a) dalam kes Tauliah yang diberi kepada warganegara, selama tiga tahun yang berkuat kuasa dari tarikh ia dikeluarkan; dan
(b) dalam kes Tauliah yang diberi kepada bukan warganegara, selama tempoh sah visa/pasport/pas lawatan/permitnya atau selainnya yang diarahkan oleh Jawatankuasa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.