Sel. P.U. 346/2007
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2007

Bahagian VIII - KENAIKAN PANGKAT, PEMANGKUAN DAN PENANGGUNGAN KERJA



Peraturan 43. Penetapan gaji kenaikan pangkat

(1) Gaji yang diterima oleh seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu.

(2) Bagi maksud subperaturan (1)—


(3) Jika seseorang pegawai dinaikkan pangkat pada tarikh yang sama dengan tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu sebelum menentukan gaji permulaan dalam jawatan kenaikan pangkat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.