Sel. P.U. 3/2002 KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH (NEGERI SELANGOR) (PINDAAN) 2001
Kaedah 7. Pindaan kaedah 7.
Kaedah 7 kaedah-kaedah Ibu adalah dipinda—
(a) dengan menggantikan subkaedah (2), subkaedah yang berikut:
“(2) Orang Besar Daerah dan Pegawai Daerah hendaklah masing-masing menjadi Penaung dan Penasihat bagi semua masjid dalam daerah.”;
(b) dengan memasukkan subkaedah (3), baru yang berikut:
“(3) Penghulu sesuatu mukim, Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Pegawai Penyelaras Masjid hendaklah masing-masing menjadi penasihat bagi tiap-tiap masjid dalam mukim dan kampung yang berkenaan.”.