Sel. P.U. 346/2007
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2007

Bahagian III - PELANTIKAN



Peraturan 13. Pelantikan semula pegawai yang telah dibersarakan atau ditamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan

(1) Seseorang pegawai yang telah dibersarakan atau ditamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan Majlis secara kontrak jika pegawai itu disahkan sihat dan berkeupayaan melaksanakan tugasnya dengan memuaskan oleh suatu panel perubatan yang ditubuhkan atas permintaan Jawatankuasa.

(2) Bagi maksud subperaturan (1), panel perubatan itu hendaklah mengandungi tidak kurang daripada dua orang pengamal perubatan berdaftar, yang salah seorang daripada mereka adalah pakar dalam penyakit yang pernah dihidapi oleh pegawai itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.