Sel. P.U. 346/2007
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2007

Bahagian VIII - KENAIKAN PANGKAT, PEMANGKUAN DAN PENANGGUNGAN KERJA



Peraturan 41. Pengiklanan kekosongan jawatan kenaikan pangkat

(1) Jika Jawatankuasa berpendapat bahawa sesuatu kekosongan jawatan kenaikan pangkat hendaklah diisi dengan menjemput pemohon yang berkelayakan dari suatu perkhidmatan tertentu di bawah bahagian tertentu sahaja, Ketua Jabatan hendaklah mengiklankan kekosongan itu melalui pekeliling Majlis.

(2) Jika terdapat suatu kekosongan jawatan kenaikan pangkat yang tidak menghendaki suatu pengiklanan, Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan kepada Jawatankuasa bagi pengisian kekosongan itu dengan perakuan pegawai yang layak, mengikut skim perkhidmatan, bagi pertimbangan.

(3) Bagi maksud subperaturan (2), Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada Jawatankuasa apa-apa syarat tambahan yang akan dikenakan agar memperoleh suatu bilangan calon yang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.