Sel. P.U. 23/2001
KAEDAH-KAEDAH TAULIAH (SELANGOR) 2001
BAHAGIAN IX - PENGECUALIAN
Kaedah 23. Pengecualian.
Jawatankuasa boleh, melalui notis bertulis, mengecualikan mana-mana orang yang berikut dari kehendak mendapatkan Tauliah—
(a) Alim Ulama’ atau tokoh agama tempatan tertentu atau Alim Ulama’ atau tokoh agama luar negeri yang dijemput secara rasmi atau atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, jabatan-jabatan atau agensi-agensinya;
(b) Mufti-mufti Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Jawatankuasa Perundangan Hukum Syarak Negeri-Negeri;
(c) Hakim-hakim Mahkamah Syariah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-Negeri;
(d) Menteri atau EXCO yang bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Islam atau Ketua-ketua Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri atau Ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri-Negeri; dan
(e) Pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam atau Pegawai-pegawai Agama Islam Persekutuan dan Negeri, Pensyarah-pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti-universiti tempatan atau Institusi Pengajian Tinggi tempatan, Guru Agama Kementerian Pendidikan atau Guru Agama Jabatan Agama Islam Negeri.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.