Sel. P.U. 346/2007
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2007

Bahagian II - JAWATANKUASA SUMBER MANUSIA



Peraturan 8. Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia

(1) Pengerusi Majlis hendaklah mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa. Jika Pengerusi tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, anggota-anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat.

(2) Satu pertiga daripada keanggotaan Jawatankuasa hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Jawatankuasa.

(3) Segala keputusan Jawatankuasa hendaklah dibuat dalam mesyuarat atau secara edaran melalui ketetapan majoriti.

(4) Jika terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(5) Walau apa pun peruntukan lain dalam Peraturan-Peraturan ini, dan apa-apa arahan Majlis, Jawatankuasa boleh menetapkan prosedurnya sendiri.

(6) Jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat tetapi tidak berhak untuk mengundi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.