Sel. P.U. 346/2007
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2007

Bahagian III - PELANTIKAN



Peraturan 17. Peminjaman pegawai

(1) Seseorang pegawai boleh, dengan kebenaran pegawai itu sendiri dan Ketua Jabatannya dan dengan kelulusan Jawatankuasa, dipinjamkan, tertakluk kepada apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Majlis, kepada mana-mana Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana organisasi, di dalam atau di luar Malaysia.

(2) Seseorang pegawai boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa untuk dipinjamkan kepada perkhidmatan awam tertakluk kepada apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.