Sel. P.U. 3/2002 KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH (NEGERI SELANGOR) (PINDAAN) 2001
Kaedah 5. Pindaan kaedah 5.
Kaedah 5 kaedah-kaedah Ibu adalah dipinda dengan menggantikan subkaedah (5), subkaedah yang berikut:
“(5) Jawatankuasa MAIS boleh membenarkan mana-mana pegawai JAIS, Penghulu Mukim, Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau mana-mana orang yang difikirkan sesuai untuk turut menghadiri mesyuarat Jawatankuasa itu, tetapi Pegawai, Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau mana-mana orang itu adalah tidak berhak mengundi.”.