Sel. P.U. 3/2002 KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH (NEGERI SELANGOR) (PINDAAN) 2001
Kaedah 9. Pindaan Kaedah 9.
Kaedah 9 kaedah-kaedah Ibu adalah dipinda dalam subkaedah (1) dengan—
(a) menggantikan perenggan (b), perenggan yang berikut:
“(b) tinggal bermastautin dan bermukim dalam kariah masjid itu;”;
(b) memasukkan dalam perenggan (d), selepas perkataan “agama Islam”, perkataan “dan berpegang dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan mazhab yang diiktiraf di segi Hukum Syarak;”;
(c) memotong perenggan (g);
(d) menambah perkataan “dan” selepas perenggan (i); dan
(e) memasukkan perenggan (j) yang berikut:
“(j) tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.”.