Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995

BAHAGIAN IV - PEMILIHAN NAZIR DAN JAWATANKUASA KARIAH



Kaedah 12. Kekosongan jawatan.

(1) Tiap-tiap Nazir dan anggota Jawatankuasa Kariah sesuatu masjid hendaklah terhenti memegang jawatan apabila-


(2) Seseorang Nazir atau anggota Jawatankuasa Kariah boleh meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis mengenai perletakan jawatan itu kepada MAIS dan perletakan jawatan itu hendaklah berkuatkuasa mulai dari tarikh MAIS menerima notis bertulis itu.

(3) MAIS boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan jawatan Nazir atau mana-mana anggota Jawatankuasa Kariah yang terhenti memegang jawatan di bawah subkaedah (1).

(4) Kaedah 8 dan 9 hendaklah terpakai bagi maksud perlantikan di bawah subkaedah (3) kecuali bahawa bagi setiap kekosongan nama sekurang-kurangnya tiga orang calon hendaklah dikemukakan di bawah kaedah 8.

(5) Seseorang yang dilantik di bawah subkaedah (3) hendaklah memegang jawatan hanya selama baki tempoh jawatan Nazir atau anggota Jawatankuasa Kariah yang terhenti memegang jawatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.