Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995

BAHAGIAN II - JAWATANKUASA MAIS TENTANG KARIAH MASJID



Kaedah 5. Mesyuarat Jawatankuasa MAIS.

(1) Pengerusi, atau jika Pengerusi tidak hadir, Timbalan Pengerusi, hendaklah mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa MAIS.

(2) Lima orang anggota Jawatankuasa MAIS hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Jawatankuasa MAIS.

(3) Semua keputusan Jawatankuasa MAIS hendaklah dibuat dalam mesyuarat dengan sebulat suara atau lebih suara anggota yang hadir.

(4) Sekiranya terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(5) Jawatankuasa MAIS boleh membenarkan mana-mana pegawai JAIS, penghulu mukim atau ketua kampung untuk turut menghadiri mesyuarat Jawatankuasa itu, tetapi pegawai, penghulu atau ketua kampung itu tidak berhak mengundi.

(6) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain dalam Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa arahan MAIS, Jawatankuasa MAIS boleh menetapkan prosedurnya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.