Sel. P.U. 222/91
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1991

BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE



Kaedah 9. Permohonan.

(1) Seseorang yang berhasrat supaya dia dilantik sebagai Peguam Syarie hendaklah membuat permohonan kepada Majlis dengan menggunakan Borang 1 yang ditetapkan dalam Jadual 1.

(2) Setiap permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi, Jawatankuasa Peguam Syarie, dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen yang perlu.

(3) Setiap permohonan hendaklah disokong oleh dua orang penyokong yang mana hendaklah terdiri dari mereka yang berikut:

(4) Tiap-tiap pemohon, selepas permohonannya diserahkan kepada dan diakuterima secara bertulis oleh Pengerusi Jawatankuasa, hendaklah menampalkan satu salinan permohonannya di papan notis setiap Mahkamah Syariah di Selangor selama satu bulan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.