Sel. P.U. 346/2007
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2007

Bahagian III - PELANTIKAN



Peraturan 16. Kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulu

(1) Seseorang pegawai yang telah disahkan dalam skim perkhidmatan terdahulunya sebelum dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain boleh dibenarkan oleh Jawatankuasa untuk kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulunya apabila gagal untuk disahkan ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), Jawatankuasa boleh membenarkan pegawai itu kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulunya dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kuat kuasa pelantikannya ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu jika—

(3) Bagi maksud subperaturan (1), pegawai itu hendaklah diberikan mata gaji yang sama dengan yang diterima sehari sebelum tarikh pegawai itu dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.