Sel. P.U. 346/2007
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2007

Bahagian VIII - KENAIKAN PANGKAT, PEMANGKUAN DAN PENANGGUNGAN KERJA



Peraturan 38. Asas kenaikan pangkat

(1) Kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan merit.

(2) Dalam mempertimbangkan seseorang pegawai bagi kenaikan pangkat, Jawatankuasa hendaklah mengambil kira—

(3) Sebagai tambahan kepada perkara yang dinyatakan dalam subperaturan (2), Jawatankuasa boleh mengambil kira aspek lain yang difikirkannya relevan.

(4) Walau apa pun subperaturan (1), jika dua atau lebih pegawai diputuskan sama ada dari segi merit, kelayakan akademik atau pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan kenaikan pangkat di samping kekananan pegawai itu hendaklah juga dijadikan asas bagi pemilihan dan diberikan pertimbangan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.