Sel. P.U. 23/2008
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI SELANGOR) 2008

Bahagian III - PEGUAM SYARIE



Kaedah 13. Sijil Peguam Syarie

(1) Kecuali mereka yang dilantik menurut subkaedah 8(4), dianggap sebagai telah dilantik menjadi Peguam Syarie dibawah Kaedah-kaedah ini, tiap-tiap orang yang dilantik menjadi Peguam Syarie hendaklah memiliki Sijil Peguam Syarie yang akan dikeluarkan kepadanya oleh Majlis setelah dia menjelaskan fi yang ditetapkan.

(2) Tiap-tiap Sijil Peguam Syarie hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Majlis sebagaimana ditetapkan dalam Jadual 2.

(3) Fi pendaftaran bagi tiap-tiap Sijil Peguam Syarie ialah lima ratus ringgit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.