Kaedah 12. Prosedur memohon Tauliah bagi warganegara.
Seseorang warganegara yang ingin mendapat sesuatu Tauliah bolehlah—
(a) memohon kepada jawatankuasa, melalui Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggalnya, dengan mengisi Borang Permohonan Tauliah yang disediakan oleh Jawatankuasa;
(b) permohonan hendaklah disokong oleh dua orang saksi yang mengetahui latar belakang dan kelayakan pemohon; dan
(c) mengemukakan dua keping gambar, salinan kad pengenalan dan salinan sijil atau sijil-sijil yang telah disahkan yang berkaitan dengan kelayakan pemohon.