Sel. P.U. 346/2007
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2007

Bahagian VIII - KENAIKAN PANGKAT, PEMANGKUAN DAN PENANGGUNGAN KERJA



Peraturan 42. Tarikh kenaikan pangkat

(1) Tertakluk kepada subperaturan (2) dan (3), tarikh kenaikan pangkat seseorang pegawai ialah tarikh yang ditentukan oleh Jawatankuasa.

(2) Tarikh kenaikan pangkat ke gred tidak boleh lebih awal daripada tarikh kekosongan atau tarikh pegawai itu layak dinaikkan pangkat mengikut skim perkhidmatannya, yang mana terkemudian.

(3) Bagi kenaikan pangkat ke jawatan, kecuali jika skim perkhidmatan tidak mensyaratkan sesuatu kenaikan pangkat adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, tarikh kenaikan pangkat tidak boleh lebih awal daripada tarikh pegawai itu diluluskan memangku jawatan itu atau pada tarikh jawatan hakiki itu kosong, yang mana terkemudian.

(4) Bagi maksud Peraturan ini—





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.