Sel. P.U. 23/2008
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI SELANGOR) 2008

Bahagian III - PEGUAM SYARIE



Kaedah 9. Permohonan

(1) Permohonan untuk dilantik sebagai Peguam Syarie hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa dengan menggunakan borang yang ditetapkan dalam Jadual 1.

(2) Setiap permohonan hendaklah disokong oleh dua orang penyokong yang mana hendaklah terdiri dari mereka yang berikut:


(3) Tiap-tiap pemohon, selepas permohonannya diserahkan kepada dan diakuterima secara bertulis oleh Pengerusi Jawatankuasa, hendaklah menampalkan satu salinan permohonannya di papan notis setiap Mahkamah Syariah di Selangor selama satu bulan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.