Sel. P.U. 346/2007
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2007

Bahagian IX - PENAMATAN PERKHIDMATAN DAN PELETAKAN JAWATAN



Peraturan 48. Penamatan perkhidmatan pegawai yang gagal disahkan

(1) Jawatankuasa boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai dalam percubaan pada pelantikan pertama yang telah gagal untuk disahkan dalam perkhidmatannya semasa tempoh percubaan yang ditetapkan, sama ada tempoh percubaan asalnya atau yang dilanjutkan.

(2) Bagi maksud Peraturan ini, perkhidmatan seseorang pegawai selain yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah ditamatkan sekiranya pegawai itu tidak dapat dikembalikan ke dalam skim perkhidmatan terdahulunya mengikut subperaturan 16(1).

(3) Bagi maksud subperaturan (1), “pelantikan pertama” ertinya pelantikan kali pertama ke dalam perkhidmatan Majlis atau pelantikan semula seseorang pegawai mengikut Peraturan 12, 13 dan 14.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.