Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995

BAHAGIAN VII - MESYUARAT



Kaedah 26. Mesyuarat agung tahunan.

(1) Mesyuarat agung tahunan sesuatu masjid hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun dalam bulan Julai atau Ogos.

(2) Setiap mesyuarat agung tahunan sesuatu masjid hendaklah mengandungi agenda yang berikut:

(3) Nazir sesuatu masjid hendaklah mempengerusikan setiap mesyuarat agung tahunan masjid itu, dan jika Nazir tidak hadir, anak kariah yang hadir boleh melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(4) 40 orang atau satu perempat daripada jumlah anak kariah sesuatu masjid yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, mengikut mana-mana yang kurang, hendaklah membentuk kuorum bagi mesyuarat agung tahunan masjid itu.

(5) Keputusan mesyuarat agung tahunan sesuatu masjid hendaklah dibuat secara sebulat suara atau lebih suara anak kariah yang hadir.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.