Sel. P.U. 3/2002 KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH (NEGERI SELANGOR) (PINDAAN) 2001
Kaedah 16. Pindaan kaedah 24.
Kaedah 24 kaedah-kaedah Ibu adalah dipinda—
(a) dalam subkaedah (2), dengan menggantikan perenggan-perenggan (a) dan (i), perenggan-perenggan yang berikut:
“(a) bacaan Al-Fatihah dan doa selamat;”; dan
“(i) penangguhan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Asr.”; dan
(b) dengan memasukkan selepas subkaedah (6) subkaedah yang berikut:
“(7) Mana-mana Pegawai Masjid dan anggota Jawatankuasa Kariah yang tidak hadir mesyuarat selama tiga kali berturut-turut tanpa sebarang alasan yang pada fikiran Pengerusi adalah mencukupi, boleh dibatalkan pelantikannya oleh MAIS.”.