(a) memberi ceramah umum mengenai apa-apa aspek Agama Islam atau mengajar Agama Islam berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Ijma’ dan Qias;
(b) berakhlak mulia dan amanah;
(c) menjalankan daya usaha untuk mengekalkan, memperbaiki dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan masyarakat Islam dan menggalakkan orang Islam meninggikan taraf hidup dan ekonomi serta menambahkan amalan dan takwa mereka kepada Allah;
(d) tidak memfitnah saudara Islam yang lain; dan
(e) mematuhi undang-undang atau apa-apa arahan, larangan atau perintah yang diberikan oleh MAIS dan Jawatankuasa dari semasa ke semasa.