Sel. P.U. 3/2002 KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH (NEGERI SELANGOR) (PINDAAN) 2001
Kaedah 15. Pindaan kaedah 23.
Kaedah 23 kaedah-kaedah Ibu adalah dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan-perkataan “Jawatankuasa Kariah itu boleh menubuhkan apa-apa bilangan biro, yang tidak melebihi sepuluh, yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Kariah itu”, perkataan “Jawatankuasa Kariah itu bolehlah menubuhkan biro-biro yang berikut:
(a) Biro Dakwah;
(b) Biro Kebajikan;
(c) Biro Keceriaan;
(d) Biro Ekonomi;
(e) Biro Pembangunan dan Tanah Perkuburan;
(f) Biro Nahi Mungkar dan Keselamatan;
(g) Biro Hal Ehwal Wanita;
(h) Biro Hal Ehwal Belia;
(i) Biro Pendidikan; dan
(j) Biro Riadah.”;
(b) dengan menggantikan subkaedah (2) dengan subkaedah yang berikut:
“(2) Walau apa pun subkaedah (1), MAIS boleh membenarkan penubuhan lebih atau kurang biro-biro yang dinyatakan dalam subkaedah itu atau menghendaki penubuhan sesuatu biro lain.”.