Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995
BAHAGIAN IX - PENGAWALAN
Kaedah 32. Tindakan Pegawai Masjid dsb, yang tidak berpatutan.
Jika MAIS atau Setiausaha MAIS berpuas hati, setelah menjalankan siasatan yang wajar, bahawa mana-mana Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah atau jawatankuasa biro sesuatu masjid-
(a) telah bertindak atau bercadang hendak bertindak secara yang tidak berpatutan dalam melaksanakan fungsi-fungsinya di bawah Kaedah-Kaedah ini; atau
(b) telah tidak menjalankan apa-apa tugas yang dipertanggungkan padanya di bawah Kaedah-Kaedah ini,
MAIS atau Setiausaha MAIS boleh memberikan arahan secara bertulis menghendaki Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah atau anggota jawatankuasa biro itu melaksanakan fungsi-fungsinya mengikut cara yang ditentukan oleh MAIS dan Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah atau jawatankuasa biro itu hendaklah mematuhi arahan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.