Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995

BAHAGIAN III - PENTADBIRAN MASJID



Kaedah 7. Penyelia dan Penasihat.

(1) Pegawai Tadbir Agama sesuatu daerah atau kawasan hendaklah menyelia semua masjid dalam daerah atau kawasan itu.

(2) Penghulu sesuatu mukim dan ketua kampung sesuatu kampung hendaklah masing-masing menjadi penasihat dan penolong penasihat bagi masjid-masjid dalam mukim dan kampungnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.