Sel. P.U. 222/91
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1991

BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE



Kaedah 6. Mesyuarat Jawatankuasa.

(1) Pengerusi Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa dan jika Pengerusi tidak hadir, ahli-ahli yang hadir boleh melantik salah seorang dari mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(2) Untuk menjadikan korum bagi sesuatu mesyuarat, sekurang-kurangnya tiga orang ahli perlu hadir.

(3) Keputusan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat secara bermesyuarat dan hendaklah secara sebulat suara atau lebihsuara ahli-ahli yang hadir.

(4) Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa arahan Majlis, Jawatankuasa boleh menetapkan prosedurnya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.