Jawatankuasa hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a) untuk menjalankan apa-apa ujian bertulis atau temuduga terhadap orang yang memohon Tauliah di bawah Peraturan-peraturan ini, jika difikirkan perlu;
(b) untuk menetapkan apa-apa terma, syarat dan sekatan semasa sesuatu Tauliah dikeluarkan;
(c) untuk meluluskan dan mengeluarkan apa-apa Tauliah sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan 10;
(d) untuk memberi apa-apa arahan, larangan atau perintah kepada mana-mana Pemegang Tauliah;
(e) untuk menggantung atau menarik balik mana-mana Tauliah yang telah dikeluarkan;
(f) untuk menasihati dan membuat syor kepada MAIS mengenai segala perkara yang berkaitan dengan Tauliah;
(g) untuk melaporkan dan memperakukan tindakan yang wajar yang diambil oleh MAIS berhubung perlakuan atau pelanggaran yang dilakukan oleh Pemegang Tauliah;
(h) untuk menetapkan apa-apa fi berhubung dengan pengeluaran Tauliah; dan
(i) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang berhubungan atau bersampingan dengan fungsi Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (e), (f), (g) dan (h).